Sunday, November 18, 2012

Al fatihah

Arwah Wan Fauzan b Wan Salleh a.k.a cik fauzan telah meninggal dunia..

Friday, June 8, 2012

Iphone 5


kepada yang mana2 terliur nak tengok rupa bentuk awal IPHONE 5....

Friday, May 4, 2012

Bob Kuman meninggal dunia

Pelakon dan pelawak Bob Kuman atau nama sebenarnya Husni Mohd Rawi, 40, meninggal dunia di kediamannya  di Seksyen 11 di sini, 4.38 petang tadi.(3hb may 2012)
Jururawat peribadi Allahyarham Mohd Farid  Hamzah berkata, dia menerima panggilan daripada isteri arwah, Normah pada 3.50 petang memberitahu bahawa Bob tidak sedarkan diri selepas beberapa kali cuba dikejutkan.
"Saya bergegas ke rumah  selepas melihat keadaannya saya segera mendapatkan bantuan hospital dan pemeriksaan paramedik kemudiannya mengesahkan Bob sudah pun meninggal dunia,” katanya.
Menurutnya,  sebelum itu Bob kelihatan tidak bermaya dan hanya mampu baring serta beberapa kali rebah.

SUMBER: SINAR HARIAN

Akhirnya....SAMSUNG GALAXY S III diperkenalkan...



Akhirnya Samsung telah memperkenalkan smartphone Samsung Galaxy generasi ketiganya iaitu Samsung GALAXY S III. Antara ciri-ciri menarik yang ade pada phone ini ialah :
- saiz skrin sebesar 4.8 inchi paparan HD Super AMOLED.
- Kamera belakang berkeupayaan 8 Megapixel dan kamera hadapan ialah 1.9 megapixel.
- menjalankan Android 4.0, Ice Cream Sandwich.

Thursday, May 3, 2012

HARGA TIKET RM40 UNTUK FINAL F.A 2012 KELANTAN VS SIME DARBY

Harga tiket bagi semua tempat duduk untuk perlawanan akhir Piala Fa antara Kelantan dan kelab Sime Darby pada 19hb Mei ini ditetapkan sebanyak RM40.
"Harga tiket itu tidak membebankan penonton dan terpulang kepada kemampuan masing-masing" Datuk Azzudin (FAM)
ditanya penetapan harga tiket itu boleh mencetuskan kemarahan penonton,Azzudin berkata keputusan untuk membeli tiket bergantung kepada penonton sama ada mereka sanggup membayar atau sebalik nya...

SUMBER : BERNAMA

3 Mac 2012..TERKINI!!!!! Bomba Terima Dua Laporan Kejadian Tanah Runtuh Di Cheras & Ampang

mStar Online : Bomba Terima Dua Laporan Kejadian Tanah Runtuh Di Cheras & Ampang KUALA LUMPUR: Dua kejadian tanah runtuh dilaporkan berlaku di Taman Tasik Permai, Ampang dan Taman Supreme, Cheras kira-kira pukul 3 petang ini berikutan hujan lebat di Lembah Klang. Jurucakap Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur berkata kejadian pertama berlaku di sebuah rumah terletak di tebing bukit di Taman Supreme Cheras di mana tebing bukit itu runtuh dan memasuki bahagian dapur rumah mangsa. Walau bagaimanapun penghuni rumah itu berjaya menyelamatkan diri, katanya kepada Bernama di sini, Rabu. Sementara itu, satu lagi tanah runtuh berlaku di Kampung Tasik Permai 22, Ampang di mana tanah bukit di hadapan tiga buah rumah papan runtuh dan menghalang laluan di hadapan rumah terbabit, kata jurucakap Bomba dan Penyelamat Selangor. Berikutan insiden itu, sebatang pokok dan tiang elektrik turut tumbang, katanya dan menambah tiang elektrik yang tumbang itu telah menghempap salah sebuah rumah tersebut, katanya. Beliau berkata hujan lebat itu juga telah menyebabkan kawasan tersebut dinaiki air paras pinggang. Sementara itu penghuni rumah yang dihempap tiang eletrik R. Nathan, 34, berkata ketika kejadian itu, bapa dan empat adik-beradiknya berjaya menyelamatkan diri. "Ketika kejadian itu hujan sangat lebat, arus air juga deras berikutan banjir kilat menyebabkan motosikal abang saya turut hanyut. Dia yang bekerja ketika kejadian itu berkata hingga kini mereka gagal mengesan motosikal berkenaan. Nathan yang telah menetap di situ sejak 1978 berkata ini adalah kali kedua pada tahun ini rumahnya ditenggelami air hingga paras pinggang. Jirannya S. Rajambal, 60, berkata hujan lebat bermula pukul 1.30 petang tadi menyebabkan air naik dengan pantas. "Saya tinggal seorang diri ketika hujan lebat itu kerana anak dan suami keluar bekerja. Saya lihat tanah di depan rumah runtuh sedikit demi sedikit, air mula naik memasuki rumah saya, lalu saya menjerit meminta pertolongan jiran sebelah. "Nasib baik jeritan saya didengar dan mereka mendukung saya keluar dari rumah. Peralatan rumah rosak teruk antaranya mesin basuh dan televisyen. Namun saya bersyukur saya sempat menyelamatkan diri ketika tanah runtuh di hadapan rumah saya itu berlaku," katanya. -BERNAMA

Apa lebihnya THE NEW IPAD 3 nih?

Baguskah “The New iPad” ini? Berbaloikah untuk anda membelinya? Apple baru sahaja menunjukkan tablet generasi ketiga mereka yang dinamakan “The New iPad”. Kenapa bukan iPad3? Kenapa bukan iPadHD? Phil Schiller memberitahu dalam satu temubual bersama Wall Street Journal bahawa mereka tidak mahu Apple menjadi “predictable” dan melakukan pembaharuan. Walau apa pun nama yang diberikan, sudah tentu ramai pencinta teknologi seluruh dunia mahu memiliki iPad baru ini bukan? Terdapat banyak peningkatan di dalam iPad generasi ketiga ini. Ada yang ketara (Retina Display, Camera) dan ada yang biasa dan tidak diberitahu dalam keynote (Bluetooth 4.0, Battery). Masih banyak yang boleh diperbaiki sebelum Apple membawa iPad ke suatu tahap yang lebih jauh. Sebab itu lah The New iPad ini masih mengekalkan design yang hampir sama dengan iPad2 dan bukannya design baru dan mempunyai apa apa inovasi baru yang mengejutkan. Apple juga mengekalkan harga yang sama dengan iPad2 iaitu bermula dari Rm1499 walaupun mempunyai skrin, kamera dan cip pemprosesan yang lebih hebat. Berbaloikah untuk membeli The New iPad? Atau beli sahaja iPad2 yang kini lebih murah dengan harga dari Rm1199? Mari kita tengok apa yang ada pada The New iPad ini.
1. Retina Display Satu perkara yang paling hebat dalam iPad baru ini adalah Skrin beresolusi ultra-tinggi yang dinamakan Retina Display oleh Apple. iPad ini mempunyai resolusi 2048×1536, dimana pixel yang dimuatkan di dalam iPad ini lebih banyak dari HDTV 50inci di rumah anda yang hanya mempunyai resolusi 1920×1080. Apple mengatakan color-saturation untuk skrin ini 44% lebih cantik berbanding iPad2. Semuanya cantik dan tajam, gambar jauh lebih cantik, tulisan dan huruf tajam seperti membaca pada majalah. Apple dengan bangga mengatakan skrin ini adalah skrin mobile device yang terbaik di dunia dan jika dilihat pada Retina Display iPhone4 dan 4S sebelum ini, ia memang benar.
2. A5X Processor Dengan skrin yang mempunyai jutaan pixels, Apple memerlukan cip pemprosesan dan grafik yang lebih berkuasa untuk memastikan penggunaan iPad sentiasa laju dan smooth seperti iPad generasi sebelumnya. The New iPad ini memuatkan cip-pemprosesan yang lebih berkuasa berbanding iPad2 dinamakan A5X processor. Ia mempunyai cip-pemprosesan dwi-teras (dual-core) dan grafik empat-teras (quad-core). Games dan apps sudah pasti lebih laju, cantik dan tajam.
3. iSight Camera Disebabkan kamera iPad2 mempunyai kualiti yang tidak memuaskan, Apple meletakkan kamera HD 5 megapixel di dalam iPad generasi baru ini. Apple menggunakan teknologi yang sama digunakan pada iPhone4S sebelum ini. Mempunyai backside-illuminated censor untuk gambar yang cantik di dalam keadaan gelap dan kurang cahaya, aperture f/2.4 yang besar dan auto-stabilization untuk gambar dan video yang lebih stabil dan cantik. iPad baru juga kini merakam video HD penuh dengan kualiti 1080p. Walaubagaimanapun, kamera depan mempunyai kualiti yang sama dengan iPad2, digunakan untuk Facetime video call dan bermain dengan Photobooth.
4. 4G LTE iPad generasi baru kini boleh menggunakan 4G berbanding hanya 3G pada iPad2. 4G mempunyai internet yang lebih pantas berbanding 3G dimana kelajuannya boleh mencapai 73MBPS. Tetapi, Malaysia masih belum mempunyai 4G sepenuhnya, dan kita harapkan Maxis, Celcom dan Digi menawarkan 4G untuk semua pengguna tidak lama lagi. Walaupun kita masih belum mempunyai 4G, tidak ada masalah untuk kita menggunakan iPad baru ini kerana ianya tetap boleh digunakan dengan 3G.
5. Dictation Tiada SIRI di dalam iPad baru, tetapi Apple masih memuatkan teknologi pengesan suara yang dipanggil Dictation. Apple menambah satu button pada keyboard iPad seperti gambar di atas. Apabila menekan button tersebut, anda hanya perlu bercakap (english) dan iPad akan menulis dengan sendirinya apa yang anda cakapkan tersebut. Dictation ini boleh digunakan untuk menghantar iMessage, menulis email, search web dan menulis note. Apple mengatakan Dictation juga boleh digunakan dengan third party apps, jadi anda boleh juga gunakan Dictation untuk Facebook, Tweet dan sebagainya.
6. 1080p HD Airplay Video Streaming Setelah Apple mengumumkan iTunes Movies kini HD penuh 1080p, iPad generasi baru juga dapat menggunakan video streaming dan Airplay HD penuh 1080p berbanding hanya 720p sebelum ini. Bukan setakat menonton movie/video/gambar, games juga boleh dimainkan di skrin tv rumah anda. Best bukan? Tak perlu kabel HDMI, semuanya wireless. Tetapi anda memerlukan Apple TV yang berharga Rm300++ untuk menggunakan Airplay ini di rumah anda.
7. Bluetooth 4.0 Teknologi Bluetooth 4.0 terbaru di dalam iPad baru ini dapat membantu anda dalam beberapa perkara. Penggunaan bateri dan tenaganya sangat rendah, anda boleh gunakan aksesori seperti wireless keyboard dan wireless headphone tanpa mengecasnya berbulan-bulan atau sehingga bertahun. Bluetooth 4.0 juga dapat digunakan dengan peralatan medical/perubatan kepada yang memerlukan.
8. Battery Dengan kesemua benda yang baru di dalam iPad ini, terutamanya Retina Display dan A5X processor Quad-Core Graphics yang sudah tentu menggunakan bateri dengan sangat banyak, Apple masih berjaya mengekalkan baterinya 10jam dengan penggunaan yang banyak. Ini berjaya dicapai kerana Apple menggunakan bateri baru, yang mempunyai 42.5 watt-hours, dua kali lebih kuasa berbanding bateri 25 watt-hours pada iPad2. Lebih daripada separuh di dalam body iPad baru ini adalah baterinya sahaja, lebih besar berbanding iPad2. Bateri ini dapat bertahan 9jam jika anda menggunakan 4G. Bateri yang tahan lama adalah salah satu sebab ramai pengguna memilih iPad berbanding laptop.
9. Thicker Design Dengan semua benda baru seperti Retina Display, Cip 4G, Bateri yang lebih besar dan sebagainya, iPad baru ini sebenarnya sedikit lebih tebal berbanding iPad2. iPad baru mempunyai ketebalan 9.4mm berbanding 8.8mm pada iPad2. iPad baru juga sedikit lebih berat. Walaupun begitu, kebanyakan aksesori iPad2 termasuk Smart Covers masih boleh digunakan pada iPad baru ini tanpa masalah. Menariknya, Apple sanggup mengorbankan design dan ketebalan iPad baru ini, walaupun sedikit, untuk memastikan skrin dan performance yang hebat dan mantap.
10. iLife Salah satu perkara yang dimiliki oleh Apple dan iPad tetapi tidak dimiliki oleh semua saingan lain adalah apps yang hebat dan berkualiti. Kini, iPad, sama seperti Mac, sudah mempunyai semua apps yang terdapat di dalam pakej iLife iaitu iWork (Microsoft Office versi Mac), iMovie (Untuk mengedit video), Garageband (Untuk mengedit dan bermain alat musik), dan yang terbaru iaitu iPhoto (Menyusun album dan mengedit gambar pro). Jika anda melihat video keynote pelancaran The New iPad ini, anda akan dapat lihat betapa hebatnya aplikasi aplikasi ini digunakan pada iPad. Boleh search dan lihat sendiri di Youtube. Jadi, berbaloikah untuk anda membeli The New iPad ini? Jika anda masih tidak mempunyai iPad dan menggunakan tablet jenama lain, The New iPad memang patut dimiliki oleh anda. Skrin, prestasi dan apps nya jauh meninggalkan tablet tablet saingan. Jika anda sudah memiliki iPad2 pula, bergantung kepada diri anda sendiri. Jika anda suka mengangkap gambar dan mahukan skrin yang jauh lebih cantik, maka sesuailah untuk anda :) Harga “The New iPad” yang dilancarkan di Malaysia.. Model Wifi : Rm1499 (16GB) Rm1799 (32GB) Rm2099 (64GB) Model Wifi+4G and 3G : Rm1899 (16GB) Rm2199 (32GB) Rm2499 (64GB) Sumber : http://ohapplemy.com